suria

Pembunuh bersiri bebas selepas 30 tahun dipenjara, jiran diselubungi ketakutan

Wood mengikuti kakaknya ke sebuah kawasan kejiranan di Fort Mill, Carolina Selatan selepas dibebaskan dari penjara. Foto: Kent County Sheriff’s Office

SELEPAS lebih 30 tahun menjalani hukuman penjara, seorang pembunuh bersiri, Catherine Wood, akhirnya dibebaskan.

Wood, 57, yang juga seorang bekas pembantu jururawat berpindah mengikuti kakaknya ke sebuah kawasan kejiranan di Fort Mill, Carolina Selatan.

Ia sekaligus menimbulkan kebimbangan di kalangan penghuni di kawasan kejiranan berkenaan.

Presiden Persatuan Penduduk, Tom Carter berkata beliau bercadang untuk menghubungi lembaga pemilik rumah dan peguam untuk melihat apakah tindakan yang dapat dilakukan mengenai keadaan itu.

Wood dijatuhkan hukuman penjara kerana mempunyai kaitan dalam kes pembunuhan sekurang-kurangnya lima individu di Rumah Penjagaan Jururawat Alpine Manor di Walker, Michigan, bersama kekasihnya, Gwendolyn Graham.

Mangsa yang mati dikenali sebagai Mae Mason, 79; Edith Cook, 98; Marguerite Chambers, 60; Myrtle Lace, 95; dan Belle Burkhard, 74.

Wood memberitahu pendakwa bahawa dia hanya melihat, manakala Graham yang melakukan pembunuhan tersebut.

Dia dijatuhi hukuman 40 tahun penjara, tetapi dibebaskan dengan parol pada Khamis.

Keluarga mangsa pembunuhan itu sangat menentang pembebasan Wood kerana bimbang wanita itu akan mengulangi jenayahnya. - Metro.co.uk

pembunuh bersiri, bebas, jiran, penjara

Artikel Lain