suria

Lelaki batal tempahan selepas bapa meninggal dunia, kesal restoran enggan kembalikan wang

O'Grady membuat perkongsian mengenai kisah duka melibatkan mendiang bapanya. FOTO: Kent Live WS.

LULUH hati seorang anak lelaki apabila bapanya meninggal dunia menjelang hari yang cukup istimewa.

Bapa kepada Martin O'Grady meninggal tiga hari sebelum hari ulang tahun kelahirannya pada 31 Disember lalu.

Lebih malang, O'Grady juga sudah membuat tempahan restoran untuk membawa bapanya menjamu selera.

Akibat pemergian mengejut itu, O'Grady terpaksa membatalkan tempahan restoran berkenaan yang terletak di Canterbury, New Zealand.

Namun yang membuatkan dia berang, restoran itu enggan mengembalikan semula wang miliknya.

Dia berkongsi rasa kesalnya menerusi Facebook sehingga kisah itu menjadi tular.

"Saya tak pernah lakukan perkara sebegini iaitu membuat ulasan buruk mengenai sebuah restoran.

"Kami sudah bayar deposit. Tapi bapa saya meninggal sebelum kami sempat bawa dia ke restoran," ujarnya mengimbas semula kejadian itu.

Ujar O'Grady lagi, dia tidak akan ke restoran itu pada masa akan datang. - Daily Star.

Martin O'Grady, restoran, bapa

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan