suria

‘Sisi’ lain perogol paling prolifik Britain Reynhard Sinaga, suka karaoke lagu Britney Spears ‘Toxic’

(gambar kiri)Reynhard Sinaga. Foto SWNS (gambar kanan) Gambar fail Britney Spears. Foto AFP

PEROGOL paling prolifik di Britain yang meletakkan dadah dalam minuman mangsa, mempunyai 'sisi' lain.

Reynhard Sinaga, pemuda berasal dari Indonesia itu menyukai lagu Britney Spears, Toxic apabila menyanyi karaoke.

Lagu Toxic merupakan single Britney pada 2004 yang mengandungi lirik 'You’re toxic, I’m slippin’ under, With a taste of a poison paradise'.

Reynhard dihukum penjara seumur hidup dengan minimum 30 tahun kerana 159 kesalahan seksual, termasuk 136 kes rogol.

Pelajar berusia 36 tahun itu mencari mangsa di kawasan berdekatan rumahnya di Manchester, United Kingdom dan dibawa ke apartmentnya.

Mangsa kemudian diberikan minuman yang diletakkan dadah sebelum diserang secara seksual.

Reynard turut merakamkan aksi mangsanya menggunakan telefon bimbit. - Mirror

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan