PENGANTIN baharu, Lauren Wall berikrar enggan memaafkan ibunya sendiri selepas wanita berusia 53 tahun itu menjalin cinta dengan suaminya. Lebih malang, ibu kepada Lauren turut hamil hasil hubungan sulit dengan menantunya. "Paul (suami) memang baik dengan ibu saya. Mula-mula saya tak fikir apa-apa. Buat apa nak risau? "Mereka kadang-kadang keluar berjam-jam dan mula sorokkan telefon. "Ibu nafikan segalanya. Kata saya gila. Saya rasa seperti dunia sudah berakhir," kata Lauren mengimbas detik malang dia mendapat tahu kisah sulit itu. Menurut Lauren, dia sebelum ini bertemu dan berkenalan dengan suaminya di sebuah pub di London. Mengakui jatuh hati pada pandangan pertama, dia ternyata tidak menyangka kehidupan mereka berakhir dengan kisah yang tragis. - Daily Star