suria

Koronavirus: China umum bina hospital ekspres dalam tempoh 6 hari

Hospital ini dijangka siap dalam tempoh enam hari. FOTO: Yuan Zheng/Utuku/Ropi/Zuma Press.

KERAJAAN China mengumumkan pembinaan sebuah hospital yang berupaya menempatkan 1,000 katil bagi menangani wabak koronavirus di Wuhan.

Bangunan hospital itu dijangka siap dalam tempoh enam hari dan bakal menjadi penempatan utama untuk mereka yang dijangkiti wabak berkenaan.

Ia menggunakan kaedah sama sebagaimana China membina hospital ekspres bagi menangai wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (Sars) di Beijing pada 2003.

Sehingga kini, 26 individu disahkan meninggal dunia akibat koronavirus.

Kerajaan negara itu turut mengumumkan perintah berkurung di Wuhan.

Selain itu, sistem pengangkutan awam seperti bas, kereta api dan feri turut digantung serta merta. - Archdaily.

Koronavirus, Wuhan, hospital

Artikel Lain