SEBUAH rangkaian restoran mengeluarkan permohonan maaf selepas ia membuat gurauan mengenai restoran-restoran di Chinatown di London, United Kingdom menghidangkan mi bersama tikus kepada pelanggan. Gurauan keterlaluan itu dibuat oleh restoran rangkaian Peru, Pachamama menjelang sambutan perayaan Tahun Baharu Cina sempena Tahun Tikus. Menerusi satu risalah promosi mengenai sajian mi mereka di London, ia berkata: "Tidak seperti kebanyakan restoran di Chinatown, kami berhasrat meraikan Tahun Tikus, bukan untuk menangkapnya, membunuhnya dan mencampurkannya ke dalam semangkuk mi yang dikukus!" Promosi yang dibuat restoran Pachamama sempena Tahun Baharu Cina. Foto Pachamama Sebuah laman web makanan memberitahu, ia terkejut menerima promosi itu. Ia berkata: "Seorang pembaca membawa ini untuk perhatian kita, yang betul-betul terkejut dengan mesej berkenaan." Pachama kemudian berkata: "Kami mahu memohon maaf sekiranya kami menyinggung mana-mana pihak, ia bukanlah niat kami. "Risalah promosi kami itu lebih kepada gurauan, tetapi bila diteliti semula, kami faham ia mungkin tidak dilihat seperti yang diharapkan." - Daily Star