suria

Bimbang dijangkiti koronavirus, penduduk Wuhan terpaksa guna tuala wanita sebagai pengganti topeng muka

Seorang lelaki di Wuhan memakai tuala wanita sebagai pengganti topeng muka.

SELAIN sistem pengangkutan awam yang digantung serta perintah berkurung, penduduk di Wuhan turut berhadapan dengan pelbagai masalah susulan penularan wabak koronavirus.

Antaranya, kekurangan sumber makanan dan kelengkapa harian sehingga menjejaskan kehidupan normal mereka.

Antara yang mengejutkan tentunya tindakan terdesak penduduk kota itu yang terpaksa memakai tuala wanita di muka sebagai pengganti topeng.

Ia susulan stok topeng muka yang habis terjual akibat penularan wabak tersebut.

Foto seorang lelaki yang memakai tuala wanita untuk menutup mulut dan hidungnya menjadi tular di media sosial.

Menurut seorang individu dalam satu video tular, dia menjelaskan keadaan di Wuhan semakin sulit dan menyebabkan mereka berada dalam keadaan terdesak.

Sehingga kini, 26 individu disahkan meninggal dunia akibat koronavirus. - Daily Star.

Artikel Lain