BEBERAPA keping gambar menunjukkan para doktor di sebuah hospital di China yang kepenatan kerana 'bekerja keras' susulan 'kebanjiran' pesakit yang dijangkiti wabak novel koronavirus, tular di internet. Gambar-gambar tersebut menunjukkan sebahagian doktor dan petugas perubatan melelapkan mata di lantai. Kelihatan ada juga yang melelapkan mata di bangku dan kerusi. Kesemua mereka masih menyarung pakaian perlindungan penuh yang lengkap dengan topeng muka. Kebanyakan netizen menyifatkan mereka sebagai wira kerana sanggup bekerja lebih masa tanpa rehat yang cukup demi memastikan pesakit mendapat rawatan sewajarnya dalam mengekang penularan wabak berbahaya itu. Angka korban wabak koronavirus di China meningkat kepada 425 orang selepas 64 kematian baru dicatatkan pada Isnin, kata Suruhanjaya Kesihatan Nasional pada Selasa. - Metro.co.uk