suria

Jalani pelbagai pembedahan untuk dapatkan imej pelik, pelukis tatu kini digelar ‘manusia syaitan’

Michel Faro do Prado banyak menjalani pembedahan untuk mencapai imej yang diingininya. FOTO: Jam Press.

SEORANG lelaki yang mahu berpenampilan seperti syaitan tampil mendedahkan perubahan terbaharu pada dirinya.

Michel Faro do Prado sememangnya dikenali sebagai manusia syaitan kerana penampilan peliknya, malah dia juga sudah melakukan banyak pembedahan di badan dan wajah.

Berusia 44 tahun, dia berasal dari Sao Paulo, Brazil dan bekerja sebagai pelukis tatu selama 25 tahun.

Selain pembedahan wajah, dia turut melakukan pembedahan pada bahagian gigi agar penampilannya lebih realistik.

Bukan itu sahaja, dia turut mendapat sokongan isterinya dalam melakukan transformasi berkenaan.

Namun kata Michel, dia sebenarnya tidak berniat untuk dikenali sebagai manusia syaitan, namun gelaran itu melekat kerana panggilan orang ramai terhadapnya.

Malah dedahnya, dia masih lagi ada agama dan suka melakukan perkara baik.

Selain isteri, keluarga dan rakan-rakan juga menyokong Michel.

Malah katanya, setiap individu mempunyai perbezaan tersendiri dan semua orang patut hidup dalam suasana damai dan penuh rasa hormat. - Daily Star.

Michel Faro do Prado, syaitan, tatu

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan