suria

Ibu anak dua bisu, pekak gara-gara disimbah minyak panas oleh suami sewaktu sedang tidur

Zohra dirawat di Hospital Muhammad Khamis sejak Disember lalu. FOTO: Justgiving.

KEJAM dan tidak berperikemanusiaan.

Itulah perkataan yang tepat untuk menggambarkan perbuatan seorang lelaki yang menyebabkan isterinya berada dalam keadaan kritikal.

Menerusi kejadian di Meknes, Morocco, Zohra yang juga ibu kepada dua cahaya mata disimbah minyak panas oleh suaminya sewaktu sedang tidur.

Akibatnya, dia bukan sahaja terlantar di hospital malah hilang deria pendengaran dan percakapan akibat kecederaan parah di wajah.

Selain itu, dia turut mengalami luka melecur di bahagian dada dan kaki.

Posting mengenai nasib malang wanita itu menjadi tular sehingga ramai yang mahu menderma kepadanya.

Zohra merupakan tukang cuci dan kini dirawat di Hospital Muhammad Khamis sejak Disember lalu.

Sehingga kini, sudah 90 individu tampil memberi derma untuknya. - Daily Star.

kejam, dera, simbah, minyak panas

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan