suria

Berpindah ke Kanada, Putera Harry akui rindu kawan-kawan di UK

Putera Harry dan keluarga kini berada di Kanada. FOTO: Samir Hussein/WireImage.

PUTERA Harry dikatakan merindui rakan-rakannya di United Kingdom (UK) selepas dia dan isteri berpindah ke Kanada baru-baru ini.

Perpindahan itu dibuat selepas mereka berdua mengundurkan diri daripada menjalankan tugas-tugas rasmi diraja.

Menurut laporan, Harry menggunakan aplikasi WhatsApp untuk berhubung dengan rakannya yang jauh di mata.

"Dia rindu kawan-kawan. Sudah tentu, orang lain pun sama.

"Dia ada dalam grup WhatsApp sejak bertahun-tahun.

"Sekarang dia selalu hantar gambar dan video lucu," ujar sumber.

Dalam pada itu, pengunduran Harry juga bermakna mereka tidak akan mengambil elaun rasmi diraja.

Menurutnya lagi, penguduran itu tidak akan mengubah dirinya yang sebenar.

Malah, dia juga masih komited dalam segala apa yang dilakukan seperti sebelum ini. - Daily Star.

Putera Harry, Meghan Markle

Artikel Lain