suria

Koronavirus: Lebih 700 maut, melebihi angka kematian SARS

Kerajaan China setakat ini masih lagi berhadapan kesukaran mengekang wabak itu.

JUMLAH kematian akibat wabak koronavirus di China meningkat kepada 722 individu pada Sabtu.

Ia sekaligus menjadikan jumlah itu lebih tinggi berbanding kematian yang direkodkan sewaktu wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) melanda China dan Hong Kong dua dekad lalu.

Dalam perkembangan semasa, jawatankuasa kesihatan nasional China mengesahkan 3,399 kes baharu dicatatkan.

Ia sekaligus merekodkan 34,500 kes keseluruhan di China.

Untuk rekod, SARS yang melanda pada 2002 hingga 2003 mencatatkan 650 kematian di China dan Hong Kong.

Kerajaan China setakat ini masih lagi berhadapan kesukaran mengekang wabak itu biarpun sudah menyekat 56 juta penduduk di Wilayah Hubei dan Bandar Wuhan. - NDTV.

Koronavirus, Sars, China

Artikel Lain