MALANG tidak berbau. Itulah yang dapat menggambarkan nasib seorang pemandu apabila trak roti yang dinaikinya hancur dirempuh kereta api. Menerusi kejadian di Turki itu, rakaman memaparkan trak berkenaan selamba melintasi laluan kereta api sebelum berlakunya kejadian malang tersebut. Ia menyebabkan trak itu diseret sejauh hampir 500 meter di atas landasan berkenaan. Pemandu trak, Ugur Cankaya bagaimanapun terselamat dalam kejadian itu. Namun, keadaan kesihatan serta tahap kecederannya tidak didedahkan. Insiden pada Khamis itu turuyt menyebabkan rangkaian kereta api ditutup selama dua jam. - Daily Star.