MOMEN yang amat menyentuh perasaan apabila seekor orang utan cuba memberi bantuan kepada seorang lelaki yang sedang mencari ular di sebatang sungai. Umum mengetahui, ular merupakan salah satu ancaman kepada orang utan. Menerusi sekeping gambar, haiwan itu dilihat cuba membantu lelaki berkenaan dengan menghulurkan tangannya. Gambar tersebut dirakamkan di hutan simpan di Borneo yang mana spesies terancam dilindungi. Ketika kejadian, seorang pemuda, Anil Prabhakar melakukan ekspedisi di hutan sebelum melihat seorang lelaki menjalani projek pemeliharaan di sebatang sungai. Anil kemudian mendapati lelaki itu sebenarnya mahu menangkap ular bagi melindungi populasi orang utan. Orang utan ini mungkin menyangka lelaki berkenaan terjatuh ke dalam sungai yang mempunyai ular. Foto SWNS Bagaimanapun, jurugambar amatur itu mendedahkan lelaki tersebut tidak menyambut tangan haiwan itu. Anil dari Indonesia berkata: "Seseorang memberitahu dia terdapat seekor ular di sungai itu. Warden itu pergi ke sana dan bersihkan semak. "Seekor orang utan datang ke sungai dan melihat apakah lelaki itu lakukan. Ia datang dekat dan menghulurkan tangannya. "Warden itu hanya berlalu pergi. Saya kemudian tanya mengapa dan katanya: 'Ia adalah haiwan liar, bukan yang kita kenal. Tapi mereka di sini untuk kita lindungi mereka'," katanya. - Metro UK