KAWASAN Antartika sememangnya banyak menyimpan rahsia. Demikian dakwa sekumpulan ahli teori susulan penularan imej janaan Google Earth di lokasi itu. Selain spekulasi kononnya peradaban purba bermula di situ, tak kurang juga yang menganggap ada pangkalan tentera di Antartika. Untuk mengukuhkan dakwaan itu, ahli konspirasi menggunakan beberapa keping imej yang diperoleh menerusi Google Earth. Salah satu teori mendakwa wujud struktur binaan di permukaan Antartika yang berbentuk seperti wajah, lengkap dengan mulut, hidung dan satu mata. Menurut ahli teori Blake dan Brett Cousins, ia berkemungkinan merupakan tinggalan purba. Malah katanya, ia bukan sekadar struktur biasa sebaliknya bersaiz mega. Beribu pelayar internet yang menonton rakaman itu turut tampil dengan pendapat sendiri. Ada yang berkata ia kelihatan seperti muka, namun ada yang menganggap ia sekadar satu pembentukan semulajadi. - Daily Star.