ROBOT pelayan yang direka seolah-olah kelihatan seperti wanita berhijab dirakam sedang melayan pelanggan sebuah restoran di Afghanistan. Dikenali sebagai Timea, robot itu kelihatan sedang begerak di dalam restoran sambil menghidangkan burger. Robot itu diperkenalkan pada bulan lalu dan kehadirannya ternyata membawa keterujaan buat pelanggan. "Ia sangat menarik pada saya kerana ia robot pertama untuk restoran di Afghanistan. "Seronok tengok robot," ujar salah seorang pelanggan yang dikenali sebagai Zahra. Robot yang direka di Jepun itu bagaimanapun turut menerima kritikan. Menurut satu posting media sosial, kehadiran robot disifatkan mencuri peluang pekerjaan yang sepatutunya diberi kepada manusia. - Daily Star.