suria

Enggan mati dalam penjara, pesalah pedofilia rogol budak 7 tahun rayu hukuman dikurangkan

Sampieri mempunyai rekod jenayah lampau pada 2012. FOTO: 9 News.

SEORANG pesalah pedofilia membuat rayuan untuk hukuman yang dikenakan ke atasnya.

Anthony Sampieri sebelum ini disabitkan kesalahan merogol budak perempuan berusia tujuh tahun dalam tandas selama 40 minit.

Menurut lelaki itu, hukuman seumur hidup yang dikenakan akan menyebabkan dia meninggal dunia di dalam penjara.

Menerusi pendakwaan, dia sebelum ini dituduh merogol mangsa di dalam tandas di sebuah studio tarian di Sydney, Australia.

Kata pesalah berusia 56 tahun itu, dia kesal akan tindakannya menyerang mangsa secara seksual.

Selain rogol, dia turut menumbuk muka mangsa serta mengugutnya dengan pisau sebelum dibawa ke tandas.

Mangsa pada waktu itu baru sahaja selesai menggunakan tandas sewaktu mengikuti kelas tarian jazz.

Sewaktu kejadian, ibu mangsa juga ada di luar premis berkenaan.

Untuk rekod, Sampieri pernah dipenjara akibat merogol seorang wanita berusia 60 tahun pada 2012 dan masih dikenakan parol sehingga hari ini. - Daily Star.

Anthony Sampieri, rogol, pedofilia

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan