LAIN orang lain ragamnya. Malah, ada ragam sesetengah individu yang mungkin tak pernah terfikir dek akal kita. Begitulah juga yang dapat digambarkan mengenai perilaku lelaki ini yang mengaku suka membuang air besar merata-rata di tempat terbuka. Menurut jurugambar, Masana Izawa, dia berhenti menggunakan tandas pada tahun 1974. Malah, dia sering membuang air besar di luar kediamannya di utara Tokyo. Ujarnya, dia hanya pernah menggunakan tandas sebanyak 14 kali sahaja. Berusia 69 tahun, dia menganggap perbuatannya itu sebagai satu kitaran alam yang normal. Dedah lelaki itu lagi, hanya sekali dia pernah ditangkap ketika melakukan perbuatan berkenaan. "Pilih lokasi sesuai dan jangan cemarkan alam. Pastikan gali lubang dan timbus," ujarnya. - Daily Star.