suria

“Kami bukan murahan” - Gadis tiduri 130 lelaki sebelum usia 28 akui sudah insaf

Kata Frankie, hidupnya kini sudah berubah.

TERLALU banyak stigma apabila menjadi individu yang ketagih seks.

Demikian kata Frankie Considine berhubung kisahnya yang pernah melakukan hubungan seks dengan 130 lelaki sebelum dia mencapai usia 28 tahun.

Lebih parah, dia mendedahkan pernah bersama dengan empat lelaki serentak pada malam ulang tahun kelahirannya yang ke-21.

Namun katanya, perbuatan itu lama-kelamaan memberi impak buat kesihatan mentalnya.

Akhirnya, dia bukan sahaja mengalami depresi namun turut hamil dan dijangkiti penyakit kelamiin.

Malah, dia juga tidak tahu siapa bapa kepada bayi yang berada dalam kandungannya.

Kini, Frankie mengakui sudah berubah 360 darjah dan rakan-rakannya turut menyokong perkembangan positif itu.

"Orang rasa ia satu alasan. Kami bukan murahan. Ia penyakit yang betul.

"Saya dah berubah. Jika saya kenal seseorang, saya tak mahu terus melakukan seks," ujarnya. - Daily Star.

ketagih seks, hamil, penyakit kelamin

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan