suria

Kematian kelima Covid-19 di Korea Selatan, jumlah mangsa dijangkiti meningkat

Mangsa kelima koronavirus di Korea Selatan dilaporkan meninggal dunia.

MANGSA kelima koronavirus (Covid-19) di Korea Selatan dilaporkan meninggal dunia dengan bilangan individu yang dijangkiti wabak itu semakin meningkat, kata pegawai kesihatan.

Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in meletakkan negara itu dalam langkah berjaga-jaga dengan 123 kes baharu dicatatkan pada Ahad.

Jumlah terkini mangsa dijangkiti wabak itu meningkat kepada 556 mangsa.

Malah Jae-in meminta pegawainya mengambil langkah drastik untuk menangani wabak itu daripada menular dalam negara itu.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea berkata kira-kira 113 kes baharu dilaporkan di sekitar bandar Daegu,

Tambahnya lagi, sebanyak 309 kes dikaitkan dengan sebuah cawangan gereja Shincheonji yang menjadi  penyebar terbesar jangkitan wabak itu di negara ini.

Datuk Bandar Daegu, Kwon Yong-jin memberitahu pemberita bahawa 247 penduduk di daerah itu positif virus tersebut sejak kes pertama dilaporkan pada 18 Februari lalu.

Mangsa pertama adalah ahli gereja Shincheonji di Daegu yang tidak mempunyai sebarang rekod ke luar negara.

Pegawai berkata mangsa hanya menghadiri aktiviti di gereja terbabit sebelum disahkan positif wabak itu. - Metro.co.uk

Covid-19, Korea Selatan

Artikel Lain