TAK puas jadi bayi. Mungkin itulah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan perilaku gadis berusia 25 tahun ini. Dikenali sebagai Paigey Miller, dia hidup persis seorang bayi. Antaranya, dia sanggup berbelanja untuk membeli lampin setiap bulan. Malah, dia juga tidur di atas katil persis katil bayi sebenar. Dia mula hidup seperti seorang bayi pada Mei 2018. "Saya sentiasa kumpul permainan dan rasa muda. Semua kawan dan keluarga juga terima. "Saya buat saluran Youtube. Buat laman web. Ianya mengenai hidup sebagai bayi yang menyeronokkan," ujarnya. - Daily Star.