suria

Kecoh! Pengunjung pasaraya hampir berbunuhan gara-gara berebut tisu tandas

Polis terpaksa dipanggil ke pasaraya Woolworths ekoran kekecohan yang berlaku. Foto: Daily Mail Australia/Matrix

HANYA kerana tisu tandas, satu pertengkaran membabitkan beberapa pengunjung sebuah pasaraya hampir mencetuskan tragedi berdarah!

Menurut seorang saksi, pada mulanya dia hanya mendengar pertengkaran namun kemudian keadaan menjadi semakin kecoh selepas ada di antara pengunjung pasaraya mengeluarkan pisau.

"Bila ada yang mula menggunakan pisau, orang ramai mula berlari," kata saksi berkenaan.

Polis di Sydney, Australia, kemudian dipanggil ke pasaraya Woolworths ekoran kekecohan itu.

Menurut pegawai polis, seorang pekerja pasaraya memberitahu bahawa salah seorang yang terlibat dalam kekecohan itu membawa pisau.

Bagaimanapun, tiada kecederaan jiwa dilaporkan.

Kertas tandas mencatatkan peningkatan permintaan, dan pasaraya Woolworths menghadkan pembelian sehingga empat pek bagi setiap pelanggan.

Ia menjadi antara barang yang mendapat permintaan paling tinggi di kala wabak koronavirus sedang menular, dan pelanggan mula menyimpan pelbagai barang sebagai persediaan. - Metro.co.uk

tisu tandas, pasaraya, berebut

Artikel Lain