suria

Virus Covid-19 didakwa mampu bertahan seminggu pada permukaan rata, penyelidik saran orang ramai bersihkan skrin telefon pintar 2 kali sehari

Penyelidik mendakwa virus yang boleh menyebabkan kematian itu mampu bertahan di permukaan rata dalam jangka masa seminggu, kecuali jika ia dibersihkan dengan betul. Foto: iStockphoto

PENGGUNA telefon pintar dinasihatkan untuk membersihkan skrin telefon dua kali sehari bagi mengelakkan penyebaran wabak koronavirus atau Covid-19.

Menurut penyelidik, ini kerana virus yang boleh menyebabkan kematian itu mampu bertahan di permukaan rata dalam jangka masa seminggu, kecuali jika ia dibersihkan dengan betul.

Profesor William Keevil, dari University of Southampton berkata: "Anda boleh mencuci tangan anda, tetapi jika anda mula menyentuh skrin telefon pintar anda dan kemudian sentuh wajah anda, ia berpotensi untuk mendapat jangkitan".

Sementara itu, ahli akademik lain, Profesor Peter Hall dari Universiti Waterloo menyarankan orang ramai untuk membersihkan telefon mereka pada waktu makan tengah hari dan sekali lagi pada waktu makan malam.

Mengikut kajian, setiap individu memegang telefon mereka 2,600 kali sehari dan menggunakannya sekitar 76 kali.

Pengeluar jenama telefon pintar terkenal, Apple menyarankan agar pembersihan permukaan telefon dilakukan dengan kain microfiber dan air sabun, tetapi pakar kesihatan mengatakan tisu basah yang mengandungi alkohol lebih baik untuk menghapuskan virus.

Profesor Mike Barer dari University of Leicester berkata sebarang permukaan yang tercemar kerana batuk, bersin, atau bahkan pernafasan adalah amat berpotensi untuk membolehkan virus itu menular. - Metro.co.uk

Covid-19, telefon pintar, penyelidik

Artikel Lain