suria

Gadis bangga pokok hiasan kekal segar lebih dua tahun, rupa-rupanya tiruan!

Wilkes menyedari pokok itu tiruan ketika mahu mengubah tanaman itu ke dalam pasu baru.

MENJAGA pokok hiasan dalam rumah bukan kerja mudah.

Tetapi berbeza dengan Caelie Wilkes yang meluahkan rasa bangga apabila dapat mengekalkan kesegaran pokok hiasan dalam rumahnya selama lebih dua tahun.

Namun ketika dia mahu memindahkan pokok tersebut ke dalam sebuah pasu baru, Wilkes terkejut apabila mendapati tanaman itu sebenarnya pokok tiruan.

"Saya berhasrat mahu menukar pasu baru untuk pokok itu. Saya mengeluarkannya daripada bekas plastik asalnya sebelum menyedari ia pokok tiruan.

"Saya menjaga pokok ini dengan baik. Saya basuh daunnya dan terkejut apabila mendapati ia diperbuat daripada plastik.

"Saya bagaikan rasa tertipu sepanjang menjaga pokok itu selama lebih dua tahun," katanya dalam satu posting di Facebook.

Beberapa netizen turut bersimpati dengan nasib Caelie dan mendedahkan pernah melalui pengalaman sama sepertinya.

"Saya mendapati adik saya menyiram pokok sama beberapa bulan lalu. Saya sentuh kemudian gigit dengan gigi saya dan sah ia plastik.

"Adik saya tersipu malu. Kami berdua akhirnya ketawa," kata netizen. - Dailystar.co.uk

pokok hiasan, tiruan

Artikel Lain