suria

Rakam perbuatan cabul bayi, pesalah pedofil dihukum penjara 775 tahun

Smith dijatuhi hukuman penjara sehingga 775 tahun atas kesalahan dilakukannya.

PESALAH pedofil dihukum penjara sehingga 775 tahun selepas merakam video perbuatannya melakukan serangan seksual ke atas seorang bayi perempuan.

Richard Smith dijatuhi hukuman itu oleh Mahkamah Kanawha County Circuit pada Rabu.

Dia didakwa melakukan 11 pertuduhan penderaan seksual darjah pertama, empat pertuduhan serangan seksual darjah pertama dan lima pertuduhan penderaan seksual oleh ibu bapa atau penjaga.

Smith dan bekas kekasihnya, Roseanna Thompson ditahan selepas polis mendapat maklumat bahawa dia memiliki video lucah kanak-kanak di kediamannya.

Perbicaraan Thompson akan berlangsung pada Mac.

Pasangan itu ditahan pada Mei 2018 tetapi jenayah itu dipercayai berlaku pada 2015 di kediaman mereka di Selatan Charleston, Barat Virginia.

Isteri Smith, Morgan mendakwa suaminya itu sering melakukan penderaan secara mental, fizikal dan lisan semasa perhubungan mereka.

Dia tidak menduga tindakannya itu sampai ke satu tahap yang amat melampau selepas terjumpa koleksi rakaman video tidak senonoh itu.

Rakaman video itu menunjukkan Smith dan Thompson berulang kali mencabul seorang bayi perempuan.

Mogran sebelum ini mendakwa dia tidak mahu pulang ke rumah mereka selepas trauma dengan insiden itu. - Dailystar.co.uk

cabul, bayi, pedofil

Artikel Lain