LAMAN sosial popular, Facebook menutup sementara pejabatnya gara-gara penularan wabak Covid-19. Seorang pekerjanya dijangkiti dengan wabak itu pada 21 Januari lalu, memaksa pejabat mereka di Seattle, Amerika Syarikat (AS) ditutup. Menerusi pengumuman dibuat, pejabat itu akan ditutup sehingga Isnin depan. "Seorang kontraktor berpangkalan di pejabat Stadium East didiagnos dengan Covid-19. "Kami mengingatkan pekerja mengikuti nasihat pejabat kesihatan dan mengutamakan kesihatan," ujar kenyataan pihak Facebook. Memiliki 5,000 pekerja di Seattle, Facebook menggalakkan semua pekerja bertugas dari rumah sepanjang bulan ini. Untuk rekod, Seattle merupakan kawasan yang paling terjejas akibat Covid-19 di AS setakat ini. - Daily Star.