suria

Rakam video cabul bayi perempuan, pesalah pedofilia terima padah dipenjara 775 tahun

Smith dijatuhkan hukuman pada Rabu lalu.

SEORANG pesalah pedofilia dipenjara 775 tahun kerana mendera seorang bayi perempuan.

Richard Smith dijatuhkan hukuman pada Rabu di Mahkamah County Circuit.

Dia didakwa atas 11 kesalahan, termasuk sepuluh lagi kesalahan berasingan.

Smith dan teman wanitanya, Roseanna Thompson ditahan selepas polis menemui rakaman pornografi kanak-kanak di rumah mereka.

Thompson pula dijangka akan didakwa pada bulan ini.

Mereka ditahan pada Mei 2018, yang mana jenayah yang dirakam menerusi video itu berlaku pada 2015 di West Virginia.

Selain bayi itu, bekas isteri Smith turut mengakui menjadi mangsa kekejaman suaminya sepanjang hubungan mereka.

Ujar wanita itu, dia tidak sangka Smith akan bertindak melampau sehingga dia menemui rakaman video jenayah lelaki itu.

Video berkenaan memaparkan Smith sedang mencabul bayi perempuan. - Daily Star.

pedofilia, cabul

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan