MODEL kontroversi dari Belgium, Marisa Papen dilaporkan berdepan hukuman penjara tiga tahun di Turki selepas merakam aksi tidak senonoh di dalam sebuah masjid. Gadis berusia 28 tahun itu berkunjung ke Turki bersama dengan jurugambar Jesse Walker untuk sesi penggambaran bagi label jenamanya, ENKI Eyewear. Untuk penggambaran itu dia memakai burqa. Namun dia tiba-tiba mengangkat burqa yang dipakainya untuk menunjukkan alat kemaluannya di hadapan masjid Hagia Sophia. Dia turut bergambar bogel dalam satu foto berasingan di timur Turki, Cappadocia. Kini pejabat pendakwa raya dilaporkan mengeluarkan waran tangkap terhadapnya. Siasatan sedang dijalankan di atas tindakan Marisa yang dianggap memalukan kedaulatan negara itu secara terbuka. Ini bukan kali pertama Marisa mencetuskan kontroversi dengaan melakukan beberapa aksi melampau. Pada tahun lalu dia turut mengeluarkan video seks bagi menunjukkan protesnya terhadap anti-agama. - Dailstar.co.uk