SAINTIS di seluruh dunia bekerjasama untuk menemui vaksin koronavirus (Covid-19), meskipun dikhuatiri ia mengambil masa sekurang-kurangnya setahun.
Kumpulan penyelidik di universiti-universiti Imperial College London, Oxford dan Cambridge merupakan antara pakar-pakar yang bekerja keras sepanjang masa.
Imperial mempunyai prototaip dalam percubaan awal dan akan beralih kepada ujian ke atas manusia, seawal-awalnya bulan depan.
Profesor Kolej Robin Shattock berkata: "Kami mempunyai teknologi untuk menjana vaksin dengan kepantasan yang tidak pernah direalisasikan sebelum ini.
"Kebanyakan vaksin mengambil masa lima tahun dalam fasa penemuan dan sekurang-kurangnya satu hingga dua tahun untuk mengeluarkan dan memasuki percubaan klinikal.
"Kami cuba untuk mengesannya dan kami mungkin bukan yang pertama - ia hanya memerlukan satu kumpulan untuk mendapatkannya."
Para saintis telah belajar daripada pengalaman lalu menerusi wabak virus terdahulu, seperti krisis SARS pada 2002.
Mereka telah mempunyai rancangan apabila munculnya Covid-19.
Dalam beberapa hari berlakunya wabak itu di China, satu pelan pembangunan atau blueprint dilakukan dengan menggunakan sampel daripada pesakit-pesakit awal.
Ia menyediakan garis permulaan kepada saintis di seluruh dunia untuk mencipta vaksin. - Mirror