KEHADIRAN isteri Putera Harry, Meghan Markle ke sebuah sekolah ternyata menimbulkan keterujaan dalam kalangan pelajar. Paling mencuri tumpuan tentunya seorang pelajar lelaki, Aker Okoye yang berusia 16 tahun. Pelajar itu bukan sahaja dapat bertemu Meghan, malah dia juga sempat berpelukan dengan figura diraja yang popular itu. Menurut Okoye, peluang keemasan itu disifatkan sebagai hari terbaik dalam hidupnya. Namun, dia juga memohon maaf kepada Harry atas perlakuan itu. "Saya teruja dan terkejut lihat dia tiba di sekolah. "Ianya menyeronokkan untuk dengar dia memberi ucapan. Cukup memberi inspirasi," ujarnya. Kata Okoye, dia harap Harry tidak mengambil hati dengan perbuatannya itu. - Daily Star.