SEORANG budak lelaki berusia 13 tahun berjaya menembak seekor babi liar seberat kira-kira 181 kilogram yang sering memusnahkan tanaman dan haiwan ternakan petani. Remaja bernama Scout Neece membunuh haiwan berkenaan dengan satu tembakan ketika menyertai bapanya Steve, memburu di Columbus, Texas, baru-baru ini. Menurut Steve, dia memberitahu anaknya bahawa babi liar sebesar itu sememangnya sukar untuk kerana ia bijak bersembunyi. "Ia adalah saat yang membanggakan saya sebagai seorang ayah," kata Steve kepada Houston Chronicle. Babi liar merupakan satu ancaman besar kepada golongan para petani di negeri tersebut. Dianggarkan kos kerosakan akibat haiwan tersebut kepada bidang pertanian mencecah $52 juta (RM 220 juta) setiap tahun, mengikut Texas A & M Natural Resources. Neece berkata, para petani telah memberitahunya bahawa mereka kerugian sehingga $ 25,000 (RM 105, 825.00) sebulan dek kerana kerosakan yang dilakukan haiwan tersebut. - Metro.co.uk