suria

Covid-19: Wanita bogel pakai topeng muka selepas keluarga dikena perintah berkurung

Stefania mahu semua pihak mengambil langkah-langkah pencegahan sebanyak yang mungkin. Foto Stefania Barbaglio

STEFANIA Barbaglio merupakan wanita warga Itali yang menetap di London, United Kingdom, tetapi keluaganya tinggal di Lombardy, utara Itali.

Kampung halamannya merupakan salah satu kawasan terburuk dilanda wabak Covid-19.

Perunding pelaburan berusia 34 tahun itu mengambil berat mengenai kesihatannya.

Dia juga mengamalkan gaya hidup sihat dan memakai topeng muka apabila keluar ke bandar.

Mendapat berita mengenai keluarganya terpaksa menjalani kehidupan yang terjejas teruk akibat Covid-19, Stefania berpendapat bahawa perlindungan diri adalah penting.

Stefania memutuskan untuk mengambil gambarnya dalam keadaan berbogel dan memakai topeng muka.

Dia percaya adalah penting untuk menutup muka bagi menghentikan penularan jangkitan virus itu.

Menyedari keadaan keluarganya di Itali, Stefania berkata, adalah lebih baik untuk menutup muka sekiranya perlu.

Bercakap kepada Metro UK: "Saya memakai topeng apabila menaiki trend bawah tanah kerana saya bimbang apa yang berlaku di negara saya sendiri.

"Keluarga saya dari Lodi, Lombardy, kawasan yang terjejas teruk akibat virus itu.

"Ia bukan hanya panik disebabkan perintah berkurung, tapi inilah realitinya," katanya. - Metro UK



Covid-19, bogel, topeng muka, Lombardy

Artikel Lain