MENTERI Pengangkutan Indonesia, Budi Karya Sumadi dimasukkan ke hospital di Jakarta setelah disahkan positif koronavirus atau Covid-19. Budi dikenal pasti sebagai kes ke-76 oleh kementerian kesihatan, lapor Jakarta Post. Keadaan menteri tersebut menunjukkan peningkatan, kata timbalan ketua Hospital Gatot Soebroto, Albertus Budi Sulistya. Terdahulu, pemerintah Jakarta mengumumkan penutupan semua sekolah di ibu kota itu sekurang-kurangnya dua minggu untuk membendung penyebaran koronavirus. Indonesia, negara keempat paling ramai penduduk di dunia, sehingga Sabtu merekodkan 96 kes koronavirus, kata pegawai kementerian kesihatan, Achmad Yurianto. Angka korban pula meningkat kepada lima orang, kata Yurianto. - CNA