suria

Doktor komited tangani Covid-19 di Itali meninggal dunia

Roberto Stella meninggal dunia akibat dijangkiti wabak Covid-19. Foto: Metro.co.uk

SEORANG doktor yang terlibat menangani krisis penularan koronavirus atau Covid-19 di utara Itali, dilaporkan meninggal dunia akibat dijangkiti wabak berkenaan.

Roberto Stella, 67, mengalami kegagalan sistem pernafasan pada Selasa selepas dia didiagnosis di Como, Itali, menurut Persekutuan Doktor dan Pengamal Am Kebangsaan.

Setiausaha badan itu, Silvestro Scotti dalam satu kenyataan berkata: 'Dia adalah contoh individu yang berkeupayaan dan bekerja keras. Kematiannya seolah-olah mewakili semua rakan sejawatan yang masih tidak dilengkapi dengan perlindungan yang diperlukan.'

Angka korban akibat koronavirus di Itali telah meningkat sebanyak 25% dalam 24 jam terakhir.

Pihak berkuasa mengesahkan 250 kes kematian dicatatkan pada Jumaat, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang terkorban akibat wabak ini meningkat kepada 1,266 kes.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat mengisytiharkan Eropah sebagai pusat penularan pandemik tersebut. - Metro.co.uk

doktor, Itali, Covid-19

Artikel Lain