suria

Jet2 batal semua penerbangan dari UK ke Sepanyol selepas kes Covid-19 meningkat 1,500 dalam tempoh 24 jam

Jet2 membatalkan semua penerbangan dari United Kingdom (UK) ke Sepanyol susulan peningkatan kes koronavirus atau Covid-19 di negara itu. Foto: SWNS

SEMUA penerbangan Jet2 dari United Kingdom (UK) ke Sepanyol dibatalkan, susulan peningkatan kes koronavirus atau Covid-19 di negara itu.

Sepanyol pada Sabtu mencatatkan peningkatan kes Covid-19 sebanyak 1,500 dalam tempoh 24 jam, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan 5,752 kes, iaitu yang kedua terbanyak di Eropah selepas Itali.

Pesawat terpaksa berpatah balik kerana semua penerbangan Jet2 dari Britain ke Sepanyol, Kepulauan Balearic dan Kepulauan Canary telah dibatalkan 'dengan serta-merta'..

Jet2 dalam satu kenyataan berkata: "Sebagai tindak balas terhadap langkah-langkah yang dilaksanakan di seluruh Sepanyol untuk mencegah penyebaran Covid-19, termasuk penutupan bar, restoran, kedai, dan kegiatan termasuk sukan air, kami telah mengambil keputusan untuk membatalkan semua penerbangan ke Sepanyol, Kepulauan Balearic dan Kepulauan Canary dengan serta-merta.

"Kesihatan dan keselamatan para pelanggan adalah keutamaan kami, dan kami ingin mengucapkan terima kasih kepada para pelanggan kerana memahami".

Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez telah mengisytiharkan 'kecemasan' selama 15 hari di negara tersebut berkuatkuasa Sabtu, dengan 60,000 penduduk di empat bandar diarahkan untuk kuarantin. - Metro.co.uk

Jet2, Sepanyol, UK, pesawat, Covid-19

Artikel Lain