suria

Dikuarantin gara-gara Covid-19, penduduk Itali menyanyi, main alat muzik beramai-ramai dari balkoni

Penduduk yang tinggal di apartment menyanyi dan bermain alat muzik beramai-ramai dari balkoni kediaman masing-masing. Foto: Reuters

TERKURUNG di kediaman masing-masing kerana arahan kuarantin yang dikeluarkan kerajaan, sekumpulan penduduk di sebuah kawasan perumahan di Itali menghiburkan hati masing-masing dengan aktiviti menyanyi bersama-sama.

Video yang tular di laman sosial memaparkan penduduk yang tinggal di apartment menyanyi dan bermain alat muzik beramai-ramai dari balkoni kediaman masing-masing.

Bukan sahaja menghiburkan hati sendiri di kala kebimbangan ekoran peningkatan kes Covid-19 saban hari, tindakan itu juga untuk menaikkan semangat jiran yang lain.

Video itu dimuat naik oleh seorang penduduk di kejiranan berkenaan dan berkata:  "Orang kampung Siena menyanyi lagu popular dari rumah mereka di sepanjang jalan yang kosong untuk menghiburkan hati mereka semasa dikuarantin."

Itali menguatkuasakan arahan kuarantin terhadap 16 juta rakyatnya, dalam usaha mengekang penularan Covid-19.

Perdana Menteri, Giuseppe Conte juga mengumumkan penutupan sekolah, gimnasium, muzium, kelab malam serta tempat-tempat lain di seluruh negara.

Sehingga Sabtu, Itali mencatatkan 17,660 kes Covid-19 dengan angka korban sebanyak 1,266 kes. - Metro.co.uk

Itali, kuarantin, menyanyi, alat muzik

Artikel Lain