suria

Covid-19: Kecoh di lapangan terbang, penumpang tunggu hingga 9 jam untuk saringan kesihatan

Ribuan warga Britain cuba untuk pulang ke tanah air. Foto Joe ROSENGARTEN/AFP via Getty Image

RIBUAN warga Britain mahu pulang ke tanah air selepas lebih banyak negara melaksanakan perintah berkurung, berikutan penularan wabak Covid-19.

Ia termasuk sekatan perjalanan yang dilakukan di kebanyakan negara.

Seorang penumpang di Amerika Syarikat (AS) memberitahu kejadian menjadi huru-hara di lapangan terbang.

Warga Britain yang berpeluang untuk kembali ke tanah air terkejut kekurangan pemeriksaan kesihatan, dengan salah seorangnya berkata: "Mereka tak kisah pun.

Seorang lagi berkata: "Mereka dari Milan (Itali) boleh masuk Lapangan Terbang Gatwick tanpa pemeriksaan suhu.

Australia, New Zealand, America dan Hong Kong mula mengurangkan penerbanga ke United Kingdom (UK).

Hampir lima juta warga Britain tinggal di luar negara, dan dianggarkan kira-kira 350,000 orang sedang bercuti.

Presiden AS, Donald Trump mengumumkan sekatan perjalanan bagi negara-negara di Eropah.

Jonathan Evans dari Swansea merupakan antara warga Britain yang cuba pulang ke tanah air.

Eksekutif pemasaran berusia 39 tahun itu cuba mengubah jadual penerbangannya dari New York, untuk bertemu dengan ibu bapanya.

"Sudah tentu, ibu dan ayah saya perlu isolasi. Tapi saya mahu jaga mereka.

"Jika kerajaan mahu isolasi bagi mereka yang berusia 70 tahun ke atas, saya perlu berada di rumah sekiranya mereka memerlukan bantuan," katanya.

Kekecohan berlaku di kebanyakan lapangan terbang AS, apabila ramai penumpang terpaksa menunggu sehingga sembilan jam untuk menjalani saringan kesihatan sebelum melepasi kastam. - Mirror 

Covid-19, penumpang, lapangan terbang

Artikel Lain