suria

Covid-19: Doktor merayu agar pesakit berhenti curi cecair pembasmi kuman hospital

Kejadian berlaku di Hospital St Bartholemew di London (foto: BPM MEDIA)

KEBIMBANGAN mengenai wabak Covid-19 menyebabkan cecair pembasmi kuman habis terjual di pasaran.

Terbaharu, Hospital St Bartholemew di London turut berhadapan isu sama.

Menurut kakitangan perubatan di sana, cecair pembasmi kuman di hospital kehabisan akibat dicuri pesakit.

"Sukar untuk percaya tapi saya merayu jangan ambil cecair pembasmi kuman dari wad hospital.

"Kami memerlukannya untuk menjaga orang yang kamu sayang.

"Cara terbaik atasi Covid-19, kamu cuci tangan sentiasa," ujar seorang kakitangan hospital itu.

Dalam pada itu, seorang lagi ahli perubatan, Jim Steward turut mengulas isu sama.

Malah, dia turut menggesa pengunjung hospital agar berhenti melakukan tindakan sedemikian.

"Jika kamu curi barangan hospital, kamu bersubahat atas kematian orang lain.

"Sila jadi dewasa dan bersikap matang," ujarnya menerusi Twitter. - Daily Star.

Covid-19, cecair pembasmi kuman

Artikel Lain