PENULARAN wabak Covid-19 yang semakin meruncing di seluruh dunia menyebabkan pelbagai acara tergendala. Malah, stok baranngan keperluan di pasaraya turut kehabisan gara-gara pembelian panik oleh orang ramai. Namun, lain pula ceritanya melibatkan sebuah kelab terkenal di Los Angeles. Mereka sepatutnya menjalankan parti seks pada Sabtu namun ia kini ditunda kepada satu tarikh lain yang belum ditetapkan. "Disebabkan Covid-19, parti LA Masquerada ditunda sehingga dimaklumkan semula. "Kami akan membuat keputusan berhubung satu lagi acara iaitu NYC Masquerade April yang akan berlangsung beberapa minggu lagi," kata jurucakap kelab itu. Untuk rekod, kelab dikenali sebagai Snctm itu hanya menerima tetamu dalam kalangan elit sahaja. Malah, yuran kehalian tahunan juga mencecah £60,000 (RM318,587) setahun. "Kami sangat memilih dalam senarai tetamu yang dibenarkan datang. "Ahli biasa kami juga mempunyai nilai kekayaan tinggi, orang besar dalam industri dan sebagainya," ujar jurucakap itu lagi. - Daily Star.