suria

Impian hancur berkecai, wajah peserta ratu cantik berparut gara-gara dibaling gelas

Wajah Cooke yang cedera akibat dibaling gelas.

SEBUT sahaja ratu cantik, aset utama mereka pastinya terletak pada wajah dan tubuh badan.

Namun, impian seorang gadis untuk bergelar Ratu Cantik Miss England berkecai apabila wajahnya kini berparut.

Menurut Olivia Cooke, 21, wajahnya cedera akibat dibaling dengan gelas pada 2018.

Mengimbas semula peristiwa itu, semuanya berlaku akibat pertelingkahan mulut dengan rakan wanita, China Gold yang berusia 27 tahun.

Ujar Cooke, Gold menuduhnya tidur dengan dua lelaki sebelum mencekik leher bajunya.

Malah, dia turut mengetuk wajah Cooke dengan gelas.

"Dia gelarkan saya gadis murahan. Saya tak tahu dia cakap pasal apa.

"Yang saya ingat, saya terkena dua kali pada wajah. Banyak darah," ujarnya.

Namun yang pelik kata Cooke, dia sebagai mangsa bagaimanapun didakwa sebagai suspek utama dalam kejadian itu.

Kata Cooke lagi, dia sudah mempersiapkan diri untuk menyertai pertandingan ratu cantik sejak berusia 16 tahun.

Meneruskan penyertaannya pada tahun sama, dia bagaimanapun gagal merebut gelaran utama pertandingan berkenaan.- Daily Star.

Ratu Cantik, Miss England, wajah, cedera

Artikel Lain