suria

Sanggup berhabis duit, wanita akui mahu tampil glamor dalam bilik bersalin

Emma Ford mahu kelihatan glamor sewaktu proses bersalin.

BAGI golongan wanita yang hampir bersalin, tiada apa yang difikirkan selain mahu anak keluar dengan selamat.

Namun, lain pula ceritanya melibatkan Emma Ford, 34, yang mahu kelihatan glamor dan seksi sewaktu bersalin.

Ujar wanita itu, dia mahu kelihatan sempurna sepanjang proses yang berlangsung pada 6 Januari lepas.

Merupakan selebriti media sosial dari Alabama, Amerika Syarikat, dia selamat melahirkan anak keduanya dalam keadaan yang diinginkan.

Sewaktu proses itu, dia bukan sahaja memakai bulu mata palsu, malah turut disolek wajahnya.

Sehari sebelum proses kelahiran, dia turut menjalani rawatan spa, rawatan wajah dan urutan.

Malah, dia turut membawa beg tangan berjenama mewah untuk ke hospital.

"Kelahiran sebelum ini agak perit. Saya mahu menikmati detik kali ini.

"Mahu jadikan ia seronok dan buat saya rasa hebat," ujarnya yang berbelanja £2,600 (RM13,806) untuk kelahiran bayinya baru-baru ini. - The Sun.

bersalin, glamor, hospital, bayi

Artikel Lain