MONUMEN ikonik Taj Mahal di India ditutup sebagai satu usaha untuk mengekang penularan wabak koronavirus atau Covid-19. Kementerian Kebudayaan India berkata, berpuluh-puluh ribu pengunjung melawat 'monumen cinta' itu setiap hari dan ia adalah 'penting untuk menutupnya'. Taj Mahal adalah salah satu tarikan pelancongan yang terkemuka di dunia, di mana ia menarik seramai 70,000 orang pengunjung setiap hari. India merekodkan 126 kes positif Covid-19 setakat ini, dengan tiga kes kematian telah dicatatkan. Pada Selasa, Menteri Kebudayaan India, Prahlad Patel berkata semua 143 monumen dan muzium akan ditutup sehingga 31 Mac dan keputusan itu akan dikaji semula selepas tempoh berkenaan. - BBC.Com