suria

Covid-19: DJ popular meninggal beberapa hari selepas kongsi gambar 'thumbs up' di Facebook

Danny meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19.

SEORANG DJ popular dan setiausaha kelab bola sepak meninggal dunia pada usia 40 tahun akibat jangkitan koronavirus (Covid-19).

Danny Sharma dari Uxbridge di barat London dimasukkan ke hospital beberapa hari sebelum itu dan sempat berkongsi gambarnya semasa di hospital di Facebooknya pada Selasa.

"Hari keempat sukar untuk bernafas tetapi masih berjuang," tulis pada kapsyen gambar yang menunjukkan isyarat bagus.

Pada Isnin, Danny atau lebih dikenali sebagai DJ Dan menerusi satu postingnya di Facebook memberitahu dia sedang dirawat di unit rawatan rapi di Hammersmith.

"Hidup saya teruk. Tak percaya saya dijangkiti virus itu," katanya.

Laman Facebook Danny turut dibanjiri ucapan takziah di kalangan pengikutnya.

Dalam pada itu, Middlesec FA menerusi akaun Twitternya turut memaklumkan berita pemergian Danny pada awal pagi Khamis. - Dailystar.co.uk

DJ, meninggal dunia, Covid-19

Artikel Lain