suria

Anak masih dikuarantin tidak dapat hadir pengebumian ibu bapa meninggal akibat Covid-19

Merle dan Dee meninggal dunia selang beberapa jam antara satu sama lain.

LULUH hati seorang anak apabila  tidak dapat menghadiri pengebumian kedua-dua ibu bapanya yang meninggal dunia akibat wabak koronavirus (Covid-19).

Michelle Taylor dari Vancouver di Washington masih dikuarantin di rumah selepas kedua orang tuanya, Merle dan dee Tofte menghembuskan nafas terakhir mereka selang beberapa jam antara satu sama lain pada 16 Mac lalu.

Dia diarahkan untuk mengasingkan diri daripada keluarganya termasuk anak-anak kerana dia sering bertemu dengan kedua-dua ibu bapanya itu ketika mereka sedang sakit.

"Pada 16 Mac lalu, Clark County melaporkan kematian pertama dan kedua pasangan suami isteri akibat Covid-19.

"Mereka adalah ibu bapa saya. Kedua-duanya meninggal selang beberapa jam antara satu sama lain.

"Saya dikuarantin sehingga 26 Mac. Saya tidak boleh mendekati keluarga saya. Saya juga tidak dapat bersama anak-anak saya yang kehilangan datuk dan nenek mereka.

"Saya juga tidak dapt menghadiri pengebumian kedua-dua ibu bapa saya. Saya yakin mereka dijangkiti virus yang disebarkan masyarakat," katanya menerusi posting di Facebook.

Merle dan Dee meninggal dunia kurang sebulan selepas meraikan hari lahir ke-85 Dee.

Taylor mendedahkan kedua-dua ibu bapanya itu jarang keluar rumah dan kini berusaha meningkatkan kesedaran mengenai bahaya wabak itu yang boleh menjangkiti sesiapa saja. - Metro.co.uk

Artikel Lain