PERDANA Menteri United Kingdom (UK), Boris Johnson disahkan positif Covid-19. Dia turut mengumumkan hal itu menerusi laman Twitter miliknya pada Jumaat petang. "Dalam 24 jam lepas saya mengalami simptom ringan dan disahkan positif Covid-19. "Saya kini menjalani isolasi diri, tetapi akan terus mengetuai kerajaan," ujarnya. Posting video di Twitter itu sehingga kini menerima lebih 1.7 juta tontonan. Ujar Boris lagi, dia akan bekerja melalui persidangan video dalam meneruskan pentadbiran negara. - BBC.