suria

Polis renjat pemuda batuk dakwa positif Covid-19

Mangsa terpaksa direnjat menggunakan taser gun selepas dia melakukan kekerasan terhadap seorang anggota polis.

POLIS terpaksa merenjat seorang lelaki mendakwa dirinya dijangkiti Covid-19 sebelum batuk di hadapan seorang anggota polis yang sedang duduk di dalam kereta menggunakan taser gun.

Menurut Metropolitan Police, suspek berjalan ke arah seorang anggota polis yang duduk di dalam kereta peronda di Haringey, utara London.

Dia kemudiannya menjerit dirinya positif Covid-19 sebelum batuk di hadapan anggota polis tersebut.

Lelaki itu yang tidak didedahkan identitinya mula melakukan kekerasan sebelum direnjat dan ditahan.

Bagaimanapun ujian ke atas lelaki itu mendapati dia negatif Covid-19.

Pada minggu lalu, Pengarah Pendakwaan Awam Max Hill memberi amaran kepada orang ramai bahawa menggunakan Covid-19 sebagai ancaman kepada pekerja kecemasan dianggap satu jenayah.

Jika didapati bersalah individu terbabit boleh dipenjara sehingga dua tahun.

Dalam pada itu, tindakan sengaja batuk terhadap pekerja lain seperti kakitangan di pasar raya boleh didakwa sebagai serangan biasa yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan. - Metro.co.uk

renjat, polis, taser gun, Covid-19, batuk

Artikel Lain