COVID-19 tidak mengenal usia, warna kulit mahupun darjat.
Sesiapa sahaja boleh dijangkiti virus itu.
Terbaharu, Seorang bayi berusia enam minggu telah meninggal dunia akibat komplikasi berkaitan Covid-19.
Menurut gabenor Connecticut, Amerika Syarikat (AS), ia menjadi rekod kematian termuda akibat virus itu.
Menurut Ned Lamont, ujian mengesahkan bahawa bayi baru lahir itu positif Covid-19.
"Ini sangat menyedihkan. Kami percaya ini adalah salah satu mangsa termuda meninggal akibat komplikasi berkaitan dengan Covid-19," ujar gabenor itu.
Pada minggu lalu misalnya, pihak berkuasa Illinois berkata mereka sedang menyiasat kematian seorang kanak-kanak berusia kurang setahun yang telah diuji positif Covid-19.
Menurut media tempatan bahawa bayi itu berusia sembilan bulan. - Channel News Asia.