SEORANG doktor wanita di Wuhan yang mendakwa amarannya mengenai wabak Covid-19 tidak diendahkan kerajaan China hilang secara misteri. Ai-Fen salah seorang doktor yang mengenal pasti virus terbaharu itu hilang tanpa jejak selepas memuatnaik mesej mendakwa diarahkan tutup mulut oleh kerajaan China di media sosialnya. "Hanya dua minggu lalu, ketua kecemasan di Hospital Wuhan Central itu dan rakannya dihalang pihak berkuasa untuk mendedahkan wabak itu kepada dunia. "Dia kini hilang. Lokasinya tidak diketahui," kata seorang sumber kepada 60 Minutes Australia. Namun beberapa jam selepas laporan mengenai kehilangannya, Ai kemudian menulis sesuatu di Weibo. "Terima kasih di atas keprihatinan semua. Saya OK dan masih lagi bertugas," tulisnya. Pada Rabu dia memuatnaik sekeping gambar sedang bekerja di sebuah hospital dengan kapsyen "Happy April Fools Day". Ai mendakwa dia dihukum kerana mengambil gambar keputusan ujian seorang pesakit positif Covid-19. Wanita itu merupakan rakan kepada doktor Li Wenliang yang maut akibat jangkitan itu pada Februari lalu. Dia diminta hadir ke balai polis dan dipaksa menandatangani surat perjanjian untuk tidak membuat sebarang kenyataan susulan mengenai wabak tersebut. - Dailystar.co.uk