suria

Kate Middleton henti pakai cincin kahwin, tunang... ini sebabnya!

Kate berkongsi gambar dia bekerja dari rumah di Instagram @kensingtonroyal.

KATE Middleton dilihat tidak lagi memakai cincin perkahwinan dan pertunangannya sejak akhir-akhir ini sehingga menimbulkan teka-teki mengenai tindakannya itu.

Cincin milik ibu suaminya, Puteri Diana sering dilihat di jari kirinya.

Namun ketiadaan kedua-dua cincin itu dipercayai ada kaitan dengan aspek kebersihan berikutan penularan wabak Covid-19 yang semakin meruncing di United Kingdom.

Terdahulu Putera Charles disahkan positif Covid-19 dan sedang menjalani kuarantin di Istana Windsor.

Komentator diraja Zoe Burrell dan Angela Mollard membincangkan gambar terbaharu Kate bekerja dari rumah yang dimuatnaik di Instagram miliknya dan Putera William  @kensingtonroyal.

"Kate tidak memakai cincin pertunangan di dalam gambar itu," kata Zoe.

Angela berkata:"Itu betul dan terdapat alasan untuk tindakannya itu. Dia tidak memakai cincin tersebut sudah tentu kerana ia akan memudahkannya setiap kali mahu mencuci tangan." - Dailystar.co.uk

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan