SEORANG lelaki menghempas pinggan dan meludah lantai restoran di Lapangan Terbang Changi, Singapura selepas seorang pelayan memberitahunya bahawa mereka tidak beroperasi. Petugas kemudiannya melihat lelaki itu di balai ketibaan sebelum dia dibawa ke lobi hotel. Masih tidak berpuas hati, dia kemudiannya meludah ke lantai dan menjerit ‘corona, corona’ dengan kuat, merujuk kepada Coronavirus atau Covid-19. Akibatnya, lelaki Singapura berusia 52 tahun itu dipenjara dua bulan pada Khamis selepas mengaku bersalah di mahkamah. Menurut laporan, kejadian melibatkan lelaki itu berlaku pada 10.30 pagi, 3 Mac lalu. Pada waktu itu, dia mengambil pinggan untuk menikmati hidangan bufet sebelum dimaklumkan restoran itu tidak beroperasi. - Jakarta Post.